Tuesday, January 14, 2014

Trip Pulau Jarak 11-13 Jan 2014

Tanggal 11 - 13 Jan 2014 10 org ahli hardcore Piscator Tegaro PT telah berjaya menjayakan expidisi menjelajah lokasi memancing di Pulau Jarak.  Objektif utama adalah
1.    Memahirkan pengetahuan memancing laut dalam.
2.    Meningkatkan motivasi dan menyelami bagaimana kehidupan seorang nelayan Mengeratkan Ukhuwwah sesama ahli dan peserta.
3.    Meningkatkan daya kendiri dan kekuatan dalaman dalam menumpuh pancaroba ombak di laut dalam.
          Memancing adalah satu aktiviti yang sangat mencabar, dalam pencarian memburu regutan sang ikan kelas A hingga jatuh ke ribaan memerlukan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang maksimum agar xpedisi tidak menjadi sia- sia. Sedari persiapan iaitu tempahan bot, teknik memancing, kerjasama berpasukan dan hinggalah kepada persediaan kerohanian amatlah penting.





            Di samping keghairahan memancing, semangat spiritual juga amatlah dititik beratkan. Sebelum, semasa dan setelah selesai xpedisi, ciri-ciri kebergantungan kepada ilahi dalam mengharungi ombak dan badai, menikmati hasil pancingan, peserta harus sentiasa mengingat tali ingatan dan pasrah kepda Allah S.W.T. Agar aktiviti ini mendapat perlindungan dan keredhaan Allah setiap masa. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan atas sokongan ahli dan para peserta. Mudah-mudahan bertemu dicatatan xpdc akan datang. Sekian Wassalam.

No comments:

Post a Comment