Tanggal 11 - 13 Jan 2014 10 org ahli hardcore
Piscator Tegaro PT telah berjaya menjayakan expidisi menjelajah lokasi
memancing di Pulau Jarak. Objektif utama
adalah
1.
Memahirkan pengetahuan memancing laut dalam.
2.
Meningkatkan motivasi dan menyelami bagaimana
kehidupan seorang nelayan Mengeratkan Ukhuwwah sesama ahli dan peserta.
3.
Meningkatkan daya kendiri dan kekuatan dalaman
dalam menumpuh pancaroba ombak di laut dalam.
Memancing
adalah satu aktiviti yang sangat mencabar, dalam pencarian memburu regutan sang
ikan kelas A hingga jatuh ke ribaan memerlukan pelbagai kemahiran dan
pengetahuan yang maksimum agar xpedisi tidak menjadi sia- sia. Sedari persiapan
iaitu tempahan bot, teknik memancing, kerjasama berpasukan dan hinggalah kepada
persediaan kerohanian amatlah penting.
Di samping keghairahan memancing, semangat spiritual juga amatlah
dititik beratkan. Sebelum, semasa dan setelah selesai xpedisi, ciri-ciri
kebergantungan kepada ilahi dalam mengharungi ombak dan badai, menikmati hasil
pancingan, peserta harus sentiasa mengingat tali ingatan dan pasrah kepda Allah
S.W.T. Agar aktiviti ini mendapat perlindungan dan keredhaan Allah setiap masa.
Semoga aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan atas sokongan ahli dan para
peserta. Mudah-mudahan bertemu dicatatan xpdc akan datang. Sekian Wassalam.






