Tuesday, December 10, 2013

Teluk Jawa 10 Dec 2013....acara ulangan.

Geng PT ..midnite di Teluk Jawa. ...Bai ngan 2GT 2Siakap....Tok ngan 2 Senagin......Nik juga tak kurang hebat nya ..bangga ngan siakap yg beso katanya...Anak tok pun selamba jer tarik siakap....saiz junio jer lah.

Wednesday, December 4, 2013

Arah Tuju Ahli PT

Amalan & Arah Tuju

Semoga Semua Ahli PT dalam keberkatan NYA
Peraturan dan Amalan yang digalakan untuk Ahli PT;
Amalan Rohani;
Pertama tamanya haruslah kita membersihkan diri dan hati dengan langkah tujuan memancing diketahui oleh para isteri. Jangan sesekali merahsiakan dari isteri akan aktiviti yang dilaksanakan. Insyallah akan tenang dan mudah dalam segala urusan….ikan pun senang nak mendekat. Ade baiknya sebelum urusan memancing dilaksanakan dibacakan surah fatihah mengikut turutan dan hairaki berikut.
  1. Fatihah ke atas Junjungan Rasul Nabi Muhammad SAW.
  2. Fatihah ke atas amurul mukminin syaidina Abu Bakar, Umar Al Hatab, Osman Ibni Affan & Ali Ibni Abi Talib.
  3. Fatihah ke atas para Malaikat.
  4. Fatihah ke atas para Ambia’ dan kaum Muslimin & Muslimat.
  5. Fatihah ke atas Kedua Ibubapa.
  6. Fatihah ke atas Anak ,Isteri & Keluarga.
  7. Fatihah ke atas Diri Sendiri.
  8. Fatihah ke atas Nabi Khaidir AS.
  9. Zikir “ya samman” sepanjang sesi memancing
Insyallah segala yang kita kehendaki sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatan NYA.
Amalan Lahiriah/Nyata;
  1. Tiada berkata kata kasar/kesat, tinggi diri mahu pun sedetik perasaan hasad.
  2. Sentiasa ramah dan kerjasama;
  3. Jangan menbuang sampah atau apa disepanjang perjalanan atau ketika memancing;
  4. Barang buangan haruslah dikumpulkan dan disimpan dan dibuang selepas sessi memancing di tempat perlupusan sampah yang betul.
  5. Melepaskan ikan kecil / tangkapan atau ikan yang tidak mahu diambil.
  6. Jangan menyiksa ikan / sebarang tangkapan.
  7. Menjaga kebersihan sekeliling.
  8. Menasihati sesama ahli akan perkara kebaikan dan menegur  dari melakukan perkara yang dilarang.
  9. Sentiasa mengikut aturan keselamatan.
  10. Memastikan semua peralatan dan kelengkapan  teratur dan cukup sebelum dan selepas sesi memancing.
  11. Bertimbangrasa  di antara sesama  ahli dalam sebarang situasi terutamanya ketika  di antara ahli sedang menaikan tangkapan.
  12. Jangan melabuh umpan semasa rakan sedang menaikan tangkapan.
Arah Tuju PT
  1. Membina suatu kelompok pemancing yang professional dan berhemah serta dihormati.
  2. Memelihara dan meningkatan taraf social dan ekonomi nelayan dengan pendidikan pengetahuan hidupan laut yang terancang.
  3. Berkerjasama dengan badan badan maritime untuk menambahkan lokasi unjam tiruan bagi meningkatkan populasi ikan untuk menambahkan pendapatan nelayan tempatan dan menjadikan lokasi tarikan pemancing.
  4. Menaikan dan mempromosi seberapa banyak lokasi bagi tarikan pelancung dan aktiviti pemancing tegar.
  5. Memperbanyakkan aktiviti nelayan selain kerja harian cara lama kepada aktiviti rekreasi dan perniagaan.
  6. Mendidik Nelayan akan kesedaran dan keperihatinan dalam menjaga ekosistem hidupan laut demi menjaga warisan untuk generasi akan datang.
  7. Mempelbagaikan jenis bot dari hanya bot menangkap ikan kepada bot rekreasi dan pelbagai guna.
Semoga Semua Ahli PT dalam keberkatan NYA