Wednesday, May 14, 2014

Rentapan PT di Kuala Sedili - 12 May 2014

Telah lama  ahli PT kemarau hasil lautan sejak trip ke pulau jarak pada 13 Jan 2014.....5 bulan kemarau bulan satu jangka masa yang singkat....kalau neayan udah lama kebulo....kali ini kami walau tiada kesempatan dari Tok Batin...perjuangan PT di teruskan di Kuala Sedili 12 May 2014 jadi saksi pertarungan dan pertaruhan......
Cuaca nan indah begitu menyeronokan menyambut kami di Kuala Sedili ....9pm kami meninggalkan pantai ke lautan demi mencari sebuah erti sebagai pemancing tegar......TEGARO.










Penantian dengan kesabaran adalah suatu cabaran yang akhirnya membuahkan hasil yang selama ini ahli PT dahagakan......hasil yang amat kami banggakan.
Pok Nik Tumpang Gambo---Pun Jadilah

Ni dia the legend of PT...11.5kg Tengiri...Yan pun tak dpt mcm ni



















Kami di atas Bot......Tok jelous abis sbb tak dapat pi

Tuesday, January 14, 2014

Trip Pulau Jarak 11-13 Jan 2014

Tanggal 11 - 13 Jan 2014 10 org ahli hardcore Piscator Tegaro PT telah berjaya menjayakan expidisi menjelajah lokasi memancing di Pulau Jarak.  Objektif utama adalah
1.    Memahirkan pengetahuan memancing laut dalam.
2.    Meningkatkan motivasi dan menyelami bagaimana kehidupan seorang nelayan Mengeratkan Ukhuwwah sesama ahli dan peserta.
3.    Meningkatkan daya kendiri dan kekuatan dalaman dalam menumpuh pancaroba ombak di laut dalam.
          Memancing adalah satu aktiviti yang sangat mencabar, dalam pencarian memburu regutan sang ikan kelas A hingga jatuh ke ribaan memerlukan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang maksimum agar xpedisi tidak menjadi sia- sia. Sedari persiapan iaitu tempahan bot, teknik memancing, kerjasama berpasukan dan hinggalah kepada persediaan kerohanian amatlah penting.





            Di samping keghairahan memancing, semangat spiritual juga amatlah dititik beratkan. Sebelum, semasa dan setelah selesai xpedisi, ciri-ciri kebergantungan kepada ilahi dalam mengharungi ombak dan badai, menikmati hasil pancingan, peserta harus sentiasa mengingat tali ingatan dan pasrah kepda Allah S.W.T. Agar aktiviti ini mendapat perlindungan dan keredhaan Allah setiap masa. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan atas sokongan ahli dan para peserta. Mudah-mudahan bertemu dicatatan xpdc akan datang. Sekian Wassalam.